Pelakon wanita bernama Tiz Zaqyah ini cukup sinonim dengan drama Nur Kasih. Lakonannya dalam drama itu cukup memberi kesan sehinggakan ramai yang masih mengingati karakter Nur sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun, satu video yang memaparkan Tiz Zaqyah menyanyi ini telah membuatkan ramai teruja mendengarkannya. Tak sangka rupa-rupanya Tiz Zaqyah memiliki bakat menyanyi dan suaranya juga cukup unik sekali.
Dalam rakaman tersebut kelihatan Tiz Zaqyah nyanyikan lagu bukan Aku Tak Cinta sambil diiringi pemain muzik secara langsung dari lokasi. Suaranya yang serak-serak basah membuatkan ramai memuji nyanyian Tiz Zaqyah ini.
Berikut adalah perkongsian rakaman Tiz Zaqyah yang dimuat naik menerusi akaun TikTok ini:
Fuh, padu habis suara nyanyian pelakon jelita ini! Lain dari kebiasaan nyanyian Tiz Zaqyah dalam rakaman tersebut. Perkongsian rakaman Tiz Zaqyah nyanyikan lagu tersebut telah meraih hampir 500 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan teruja mendengarkannya dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“I love watching u singgg. Nampak Tiz Zaqyah menghayati dan enjoy gila”
“Best suara Tiz Zaqyah. Padu”
“Bila boleh menyanyi tanpa kisah mimik muka macam mana. Biasanya nyanyiannya bagus”
“Patutlah Azlan Typewriter pernah kata suara Tiz Zaqyah sedap”
Sumber:HCL