Home Hiburan Pilih Gadis Berumur 19 Tahun, Haqiem Rusli Nikah 19 November Ini

Pilih Gadis Berumur 19 Tahun, Haqiem Rusli Nikah 19 November Ini

106
0

Penyanyi popular Haqiem Rusli mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya pada 19 November ini.

Perkara itu dimaklumkan Haqiem, 23, usai Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad.

“Saya akan bernikah pada 19 November dan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan seramai 200 tetamu sahaja bagi mematuhi SOP.

“Ini malam yang tepat untuk saya beritahu kepada publik. Hal yang baik saya akan share, jangan risau. Saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua supaya semua berjalan lancar,” katanya pada sidang media.


Bercerita lebih lanjut, Haqiem memberitahu bakal isterinya merupakan rakan bisnes perniagaannya.

“Dia merupakan rakan bisnes saya, kalau nak tahu dialah bos besar dan saya ni duta saja.

“Bila jumpa dia, apa salahnya saya masuk saham sikit, maka keraplah berjumpa dan sering berbincang pasal bisnes, saya yakin dialah orangnya.


“Dia melengkapi saya dan banyak banyak mengubah saya ke arah kebaikan. Usianya kini 19 tahun,” dedah Haqiem tanpa enggan berkongsi nama penuh gadis berkenaan.

Majlis pernikahan Haqiem akan diadakan di Cyberjaya, serentak dengan itu single berjudul Hitam Saksi Putih akan dilancarkan.

Pada ABPBH34, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.

Sumber: Gempak

Previous articleBest suara Tiz Zaqyah Padu…,Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu Bukan Aku Tak Cinta
Next article”Macam Cerita Kartun”-Lagu Dah Sedap Tapi Grafik H1na Macam Didi & Friends, Aquaria KLCC
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here