USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli bengang apabila sering di.label sengaja ‘menghimpit Datuk Seri Vida dengan isu perkahwinan demi menumpang kekayaan jutawan berstatus ibu tunggal berkenaan.
Menerusi pertemuan dengan mStar, Iqbal, akhirnya ter.paksa ‘flex’ atau menunjukkan kekayaan bagi membuktikan yang dia juga berkemampuan.
( Barang kemas belah (Kiri) dan minyak wangi )
“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu.
“Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu?
“Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya kepada mStar.
VIDEO:
“Ingat Saya G!la Harta Orang Sangat?” Ahmad Iqbal Be.rang Digelar Anak Ikan DSV
Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan rasa tidak puas hati apabila di.ge.lar sebagai “anak ikan’ kepada jutawan kosmetik berkenaan.
Pernah Ditawar RM1 Juta
Menerusi Insta Stories, Iqbal memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk menjadi anak ikan dan tahu akan tahap kemampuannya.
“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1 juta pun saya tolak.
Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya.”-jelas Iqbal
Tidak Suka Show Off Pembelian
Iqbal turut menjelaskan bahawa beliau tidak suka menunjuk segala perbelanjaan kerana baginya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan.
“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah difitnah gilakan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitahu!
Kucing ini saya beli dengan harga RM15,000 seekor. Saya beli dua. Tempat berak sahaja RM2,000. Saya sudah habiskan lebih RM80,000 untuk beli barangan kucing.
Tolong bagitahu, mahu saya tunjuk apa lagi? Rumah saya? hampir RM3 juta kerana saya duduk bujang. Kasut saya? Lebih RM100,000. Pakaian? Lebih RM500,000 dalam masa enam bulan saya beli. Tempat basuh pinggan? RM6,000. Mainan gadget? Lebih RM1,000,000 saya habiskan.
Ingat saya tak ada maruah nak kikis harta orang?!”-tegasnya
“Mem.fit.nah Jangan Melam.pau”
Tambahnya lagi, hanya disebabkan dia tidak tayang harta tidak bermakna beliau tidak mempunyai wang.
“Ingat saya gi.la harta orang sangat? Jika melam.pau sangat fit.nah, saya tunjukkan harta saya punya dengan usaha sendiri. Kain langsir saja RM100,000 saya habiskan. Makanan kucing sahaja RM6000 sebulan saya bagi.
Jangan ingat saya tak tayang harta bermakna saya tidak punya. Mem.fit.nah jangan me.lam.pau.”-katanya lagi
Sebelum ini, cadangan perkahwinan Iqbal dan DSV tidak mendapat “lampu hijau” oleh anak DSV yang juga penyanyi, Cik B disebabkan jarak usia mereka yang sangat jauh.
“Saya deep down saya kurang setuju. Ye laa, mama umur pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25, dia suka dengan orang tua.
Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju dia nak anak lagi. Cukuplah saya dan Kacak sahaja.”-Jelas Cik B
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ