Seorang wanita berusia 40 tahun tertarik dengan satu iklan set karpet yang dipaparkan di sebuah website. Wanita yang dikenali sebagai Hedge Burley itu kemudian berhasrat untuk membeli set karpet tersebut sebagai hadiah hari lahir suaminya dan merancang untuk meletakkan karpet itu pada kereta Ford Cosworth keluaran 1986 milik mereka. Beliau juga mengatakan membeli set karpet tersebut dengan harga 245$ persamaan Rm1,400 dan menyangka ia bersaiz sebenar berdasarkan harganya.
“Saya terus membeli set karpet itu yang dijual pada harga 245$ dan menyangkakan ia sama saiz dengan kereta suami saya berdasarkan harga” –ujar Hedge Burley
Baca lagi: “Lelaki Mengamuk Ketuk Cermin Kereta Lamborghini Kerana Salah Parking”-Netizen
Baca lagi: Netizen Kagum Dgn Reaksi Lelaki OKU Penglihatan Ini, Beli Telefon Berharga Rm3999
Walaubagaimanapun, apabila barangan itu dihantar ke rumah mereka, wanita ini terkejut besar melihat saiz barangan tersebut. Ketika membuka bungkusan barangan, dia terkejut melihat dalamnya mengandungi set karpet yang sangat kecil, bahkan lagi kecil dari tapak tangan.
Suaminya pula tergelak apabila melihat ‘hadiah’ yang diberi oleh Hedge Burley. Wanita ini kemudian cuba menghubungi penjual set karpet tersebut, namun tidak berjaya kerana laman web tersebut sudah tidak aktif lagi. Kejadian itu membuatkan beliau merasakan dirinya tidak berminat lagi membeli belah secara online.
Namun jika dia melakukan pembelian online di masa akan datang, dia berikrar akan mengambil langkah berjaga-jaga. Selain itu, dia juga berharap akan dapat membeli set karpet kereta yang bersaiz normal pada masa yang terdekat.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA