Baru-baru ini, tular mengenai seorang lelaki yang menemui beg berisi wang tunai berjumlah hampir RM100,000 di satu pusat rekreasi. Tempat yang dimaksudkan ialah Pusat Rekreasi Air Panas Legong (Ulu Legong Hot Spring) di Baling, Kedah.
Duit RM100 Ribu itu sebenarnya merupakan milik seorang pengunjung yang bermalam di Pusat Rekreasi berkenaan.
Lelaki yang menemui duit tersebut yang juga merupakan pekerja Majlis Daerah Baling (MDB) segera melaporkan penemuannya kepada pihak pengurusan dan pengunjung selaku pemilik wang tersebut segera dihubungi.
Baca juga: Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya
Pemilik duit tersebut yang dalam perjalanan pulang ke rumah ternyata sama sekali tidak ingat akan beg tersebut kerana bergegas untuk pulang ke rumah.Dia terkejut besar apabila menerima panggilan telefon daripada Majlis Daerah Baling dan melahirkan rasa syukurnya dan tidak sangka masih ada insan yang jujur seperti itu.
Menurutnya, duit tersebut sebenarnya duit hasil perniagaannya yang belum sempat untuk dia bank-in.
Menurut pekerja MDB yang menemui duit tersebut, dia memberitahu itu bukanlah kali pertama dia menemui barang milik pengunjung di pusat rekreasi berkenaan.
“Tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita,” katanya.
Sebagai info, difahamkan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah dikendalikan oleh pihak Majlis Daerah Baling (MDB).
Rata-rata netizen yang mengetahui kisah penemuan duit tersebut memuji dan meluahkan rasa kagum mereka terhadap kejujuran pekerja berkenaan yang ikhlas dan jujur menjalankan pekerjaannya serta tidak mengambil hak orang lain.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Nang