Seorang lelaki batuk tidak berhenti selama 2 bulan, rupanya lintah bersarang dalam tekaknya, gejala batuk kebiasaannya disebabkan oleh virus dan batuk boleh menyerang sistem dan organ pernafasan seperti paru-paru dan kerongkong.
Kes ini berlaku di negara China, di mana seorang lelaki kerap batuk selama dua bulan kerana tekaknya dihuni oleh tetamu yang tidak diundang.
Para doktor di sebuah hospital di Fujian, China baru-baru ini berkongsi kes luar biasa seorang pesakitnya yang mengadu rasa tidak selesa dan sakit walaupun sudah bermacam-macam ubat batuk yang ditelan oleh nya.
Baca lagi: “Tahu sbelum tu dia memang ada s4kit batuk, Tapi…” – Dalam Sebak, Nikki Palikat Dedah Kehil4ngan Arw4h Yanie
Baca lagi: Tak Sanggup Tengok Isteri Sakit Mengndung, Aliff Syukri Batal Hasrat Miliki 10 Anak
Setelah itu, doktor menyarankan pesakit tersebut menjalani CT scan, tetapi usaha itu gagal dan tidak dapat mengenal pasti punca masalah pesakit itu. Lalu doktor memutuskan untuk mencuba prosedur lain, bronchoscopy di mana doktor perlu memeriksa saluran pernafasan pesakit menggunakan kamera kecil.
Ketika memeriksa pesakit, doktor turut terkejut apabila menemui dua ekor lintah yang sedang menghisap darahnya di bahagian tekak.
Pesakit itu juga tidak tahu bagaimana lintah itu boleh bersarang di dalam tekaknya. Doktor juga percaya, lintah itu datang dari air minuman yang diperoleh dari aliran gunung dan diminum oleh pesakit.
Setelah itu, doktor berjaya mengeluarkan dua ekor lintah itu.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA