Tibanya bulan puasa, kita sangat digalakkan untuk membuka puasa dengan manisan seperti buah-buahan. Kebiasaan orang sangat suka makan buah kurma.
Segala jenis makanan yang diawet banyak dijual di mana-mana premis di luar sana. Tinggal kita saja yang kena pilih dan beli semua makanan tersebut.
Baca juga : “Sebak ! Pelajar Ini Suap Makanan Dekat Rakannya Yang OKU”-Moga Kekal Persahabatan Ini
Baca juga : “Kayangan Betul Makanan Haiwan Dia..”-Owner Beli Makanan Untuk Anjing
Tetapi, ada dimuat naik postingan oleh seorang lelaki yang sedang ingin menjamu buah kurma yang dibeli, tetapi, lain pula jadinya setelah dia mendapati bahawa buah kurma tersebut telah berulat.
Lihat postingan di bawah :
korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.
kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…🤮 pic.twitter.com/IXin9AgZee
— nikfaiq (@nikfaiqq) March 25, 2023
Lepasni, nak makan mana-mana buah atau makanan yang diawet, pastikan basuh betul-betul dan jaga kebersihan. Kadang-kadang kita tak perasan makanan tersebut ada ulat di dalam nya.
Soal harga bukanlah menjadi yang utama, apa yang penting pastikan makanan tersebut semuanya bersih dan kebersihan dijaga.
Makan perlahan-lahan dan lihat jika di dalam nya terdapat bendasing yang tidak patut kita makan.
Sumber : Twitter