Video seorang bapa warga China melutut memohon maaf kepada anak perempuannya yang masih remaja kerana tidak mampu membelikan telefon pintar telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet di China.
Menurut laporan Jinyun Video, rakaman tersebut diambil oleh seorang individu di Taiyuan, wilayah Shanxi, di tengah China, pada 4 Mei lalu, selepas dia terserempak dengan pasangan bapa dan anak perempuan itu di tepi jalan.
Lelaki terbabit, yang hanya dikenali sebagai Zhong, berkata dia menyedari insiden tersebut apabila kedua-dua beranak itu bercakap terlalu kuat sehingga menyebabkan dia dapat mendengar dengan jelas butiran yang diperkatakan.
Gadis itu menjerit kepada bapanya dan berkata: “Ibu bapa lain boleh membelikan anak mereka sebuah iPhone. Kenapa awak tak ada duit?”
Selepas pertengkaran tersebut, si bapa dilihat berlutut dan menggelengkan kepalanya sebagai tanda menyalahkan diri atas ketidakmampuan kewangannya.
Susulan itu, remaja perempuan tersebut turut menengking bapanya supaya bangun kerana menganggap tindakan orang tuanya itu memalukan.
Zhong, yang berdiri berdekatan tempat kejadian, melihat insiden tersebut selama kira-kira lima minit.
Dia yang agak sedih dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan turut tampil menegur gadis tersebut.
“Saya rasa seperti mahu menamparnya,” kata Zhong.
Klip tersebut telah tular di media sosial di China dan telah ditonton 91 juta kali di Weibo serta enam juta kali di Douyin.
Kebanyakan warganet mengecam gadis itu dan mengkritik ketidakupayaan bapa terbabit untuk mendidik anak perempuannya dengan betul.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.