Home Isu Semasa Banjir Lumpur Landa Janda Baik, Bukit Tinggi Berikutan Hujan Tanpa Henti

Banjir Lumpur Landa Janda Baik, Bukit Tinggi Berikutan Hujan Tanpa Henti

236
0

Banjir lumpur melanda Bukit Tinggi dan Janda Baik petang tadi berikutan hujan berterusan.

Kejadian pukul 6 petang itu turut menyebabkan banyak kenderaan terkandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Mohd Shafie Sulong, berkata sehingga kini tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Baca juga : Wlaupun Selesai Jalani Pembedahan, Tidak Lupa Pada Rakyat Pahang Yg Dilanda Banjir

Baca juga : Kuantan, Jerantut Dan Raub Kini Dilanda Banjir Di Pahang

Sehingga jam 8.30 malam, tiada sesiapa yang memerlukan pemindahan ke tempat selamat.

sinetronalaya.com mudflood.csbSementara itu, jurucakap Jabatan Kerja Raya Bentong berkata, jalan Jalan Kuala Lumpur – Bentong menghala ke simpang Janda Baik telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh sepanjang 100 meter.

sinetronalaya.com mudflood.csk

Jabatan itu, dalam satu kenyataan, menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif iaitu Lebuhraya KL-Karak ke Janda Baik (arah Bentong).

Ia berkata ia sedang memasang papan tanda amaran untuk memaklumkan pengguna jalan raya mengenai penutupan jalan itu.

 

Sumber : New Straits Times

Previous article“Boleh masuk Malaysia Book of Records Naim ni…” – Netizen
Next article“Siapa Yg Bt Camera TV3 Ni, Dia Ambil Budak Intern Mana” -Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here