Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok faiznurzin, dan telah ditular baru-baru ini.
‘Perempuan Itu’ merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 yang baru sahaja memulakan tayangan perdana di Tonton pada 1 Jun yang lalu. Drama ini juga merupakan arahan daripada Ain Sharif, dibintangi oleh Mimi Lana, Zul Ariffin, Siti Hariesa dan ramai lagi.
Drama ini menceritakan mengenai Khalish yang menolak permintaan ibu bapanya untuk mengambil alih Madrasah Mujahid, kerana beliau mempunyai impian tersendiri iaitu peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Disebabkan impiannya, ibu bapa Khalis mengawinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir.
Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih gelap bernama Seira selama 2 tahun. Apa yang dilakukan Khalish juga telah mendapat sambutan daripada penonton.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana babak lakonan Mimi Lana yang memainkan watak sebagai Khalish, dan Zul Ariffin pula memegang watak sebagai Emir di dalam drama yang baru sahaja ditular di media sosial. Klip durasi pendek ini juga telah mendapat perhatian penonton yang memberi pujian kepada pelakon-pelakon ini, serta nama Erma Fatima juga dipetik di ruangan komen.
Netizen turut memberi komen mengenai drama ini, mengatakan lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin sememangnya hebat dan menjiwai watak yang mendalam. Ada juga yang memetik nama Erma Fatima di mana beliau merupakan penulis skrip siri drama ini, dan penonton juga memberi sokongan kepadanya. Netizen juga meminta Erma untuk mengekalkan drama seperti ini di masa akan datang. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.5M, 64.8K sukaan dan 494 komen.
Lihat klip durasi pendek babak lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@eyta: bgs Mimi Lana ni belakon..dpt menjiwai watak..ada artis terkebit2 mata nak menanggis..tapi dia auto nanggis..
@fizalove87: wlpn emir ni mnta maaf smbil nangis tp xnmpk keikhlasan tu…
@peachy666: saying sorry without change, is just manipulation at its best
@noraazie579: Bila dh ada yg no 2..auto mmg dh x syg yg ptma,klu aq la maaf tu dh xde erti lgsg..
@JemahSyantik: Lepas dah mintak maaf tu suh si zul ni kuatkan sikit suara.
@AjanaNeeza: suka dengan skrip mcm rs betul hal sebegini dihadapi oleh wanita
@azyyatimohamed: bagi lagi khalish…bagi lagi, biar dia rasa pedih luka yg ditabur garam…malah sakitnya lebih dr itu…
@Litta’s: Senangnya dia minta maaf. Padahal isterinya perit tanggung perasaannya.
@Akakprint: this story is one another. please buat lagi cerita cmni.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram