Home Hiburan Ayu Raudhah Suka Anak Ramai, Meriah Katanya. Sekali Kata2 Suami Ayu Tarik...

Ayu Raudhah Suka Anak Ramai, Meriah Katanya. Sekali Kata2 Suami Ayu Tarik Perhatian

153
0

Pelakon Ayu Raudhah selesa untuk meletakkan prioriti kepada keluarganya berbanding karier seni ketika ini.

Jelas Ayu, punyai keluarga yang semakin membesar ketika ini merupakan kebahagiaan yang tak terbandingkan.

“Semua kata nak anak satu pasukan bola. Sebenarya kami tak target pun, tujuh orang sepatutnya tapi satu dua gu.gur. Sekarang ada lima,” katanya kepada Gempak.

Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas suaminya yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha; “Tapi saya suka nombor lapan!”

Kongsi Ayu ketika ditanya soal punyai zur.iat yang ramai, hal itu tidak pernah sama sekali diruns.ingkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

“Saya meletakkan keluarga prioriti dalam kehidupan, saya gembira dengan anak-anak yang ramai dan kami berdua pun dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai. Tujuh orang.

“Rasa macam okey dan dah terbiasa,” tambahnya yang baru dilantik sebagai duta dan rakan niaga butik ByLR baru-baru ini.

Bagi Zaquan pula, punyai anak yang ramai secara tidak langsung menyerikan mahligai yang dibina bersama sejak 11 tahun lalu.

“Saya dah biasa dengan adik beradik tujuh orang, ada abang ada kakak. Bila kita ada anak, lepas dapat anak pertama nak cari kawan untuk dia. Kemudian nak dapat anak perempuan.

“Dapat pula lepas tu dua anak lelaki. Mungkin nak dapat satu girl lagi. Untuk saya, saya nak anak-anak saya walaupun ramai tapi rapat antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

“Biarlah bila tua nanti saya tinggal berdua dengan Ayu, tapi bila balik rumah saya nak meriah. Bila adik-beradik ramai ni keluarga meriah,” katanya.

Malah, kedua-duanya saling berkom.promi dalam soal menjaga dan mengasuh kelima-lima anak mereka bersama.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.

Ayu pernah keguguran pada Oktober 2011.

Sumber: Gempak

Previous articleIsteri S4yu Dihalang Tngk Jen4zah Suami Bt Kali Terakhir – “Berdosa Ke Saya Jadi Isteri Kedua”
Next article“Awww, tahniah Yana..” – Ramadan Penuh Makna, Hamil Anak Sulung. Ini Luahan Uyaina Arshad
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here