Ibu kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Noor Kartini tampil bersuara mempertahankan anaknya yang sebelum ini dituduh pergi berjudi di luar negara.
Kata Kartini pada pihak Gempak, dia memilih untuk padam posting perjelaskan hal sebenar itu kerana enggan memanjangkan cerita.
Bahkan, ibu kepada Neelofa itu turut meminta agar netizen tahu membezakan tempat event dengan tempat perjudiaan agar tiada salah faham di masa akan datang.
“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat berjudi, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga…” – Noor Kartini
Dalam pada masa yang sama, Kartini turut menegaskan bahawa tiada seorang pun dalam keturunannya pernah menjejakkan kaki di tempat perjudian ataupun melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya seperti didakwa ramai.
Sebelum ini, Kartini berasa kesal dengan sesetengah netizen yang mendakwa anaknya, Ameera Khan berjudi lumba kuda di luar negara.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Astro Gempak
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.