Malam semalam, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, telah berjaya menjalani pembedahan kedua di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Kini, Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan yang berlangsung selama 3 jam. Syukur Alhamdulillah.
“Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama 3 jam petang tadi (Selasa) dan keadaannya makin stabil…”
Tonggak utama pasukan Selangor FC itu juga akan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk sekurang-kurangnya 10 hari bagi menerima rawatan susulan.
“Mendapat perkhabaran pembedahan hari ini berjalan lancar namun Faisal Halim masih berada dalam pemantauan rapi di ICU…”
“Faisal dijangkan akan berada 10 hari di ICU serta jalani beberapa lagi pembedahan lain…”
Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar telah bertemu dengan Faisal sebelum menjalani pembedahan kedua dan menyampaikan salam dari pemain itu kepada semua yang mendoakan beliau.
“Saya baru sahaja melawat Faisal, Alhamdulillah dia sedar dan stabil. Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar…’
“Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan…”
Lihat klip video di bawah:
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama 3 jam petang tadi & keadaannya makin stabil.
Moga semuanya baik-baik saja buat kamu FH7. 🤲🏼@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 7, 2024
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.