Tiada persefahaman, menjadi punca utama Siti Saleha tuntut cer4i daripada suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Punca berkenaan didedahkan sendiri oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan.
Foto: IG
Menurut mStar Online, Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan percer4iannya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.
Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.
Foto: mStar Online
Difahamkan Siti Saleha ditemani oleh ibu bapanya.
Azmi berkata, “Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir.
“Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.
“Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam.”
View this post on Instagram
View this post on Instagram
13 Oktober lepas , Siti Saleha hadir ke mahkam4h bagi kes sebutan percer4iannya dengan Ahmad Lutfi.
Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017.
Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber:CARI