Home Isu Semasa Ada Masalah Rumah Tangga Dan Ingin Bercerai Dengan Shila Amzah? Sekali Ubai...

Ada Masalah Rumah Tangga Dan Ingin Bercerai Dengan Shila Amzah? Sekali Ubai Dedah Hal Sebenar

360
0

Fitnah makin berleluasa dalam dunia digital sekarang. Tiada angin tiada ribu, timbul satu dakwaan yang mengatakan rumah tangga Shila Amzah sedang bermasalah sehingga mahu bercerai. Suaminya, Ubai tampil menafikan dakwaan tersebut malah memaklumkan dia dan Shila kini sedang bahagia bersama.

ubaishila

“Mula-mula Shila yang perasan hantaran itu di Facebook dan dia terus maklumkan kepada saya. Pada awalnya saya okey saja sebab perkara begini kita tak boleh nak elak. Zaman fitnah semakin berleluasa.

“Cuma disebabkan perkara ini, saya disoal orang luar yang ingin mengetahui keadaan emosi serta proses perceraian sedangkan perkara it tidak wujud dan satu fitnah.

“Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat,” ujarnya.
Dalam pada it, Ubai turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan berita yang tidak benar itu sehingga menimbulkan fitnah.

“Ada blogger yang sengaja sensasikan berita itu dengan menulis tajuk berita kononnya hubungan kami ada masalah dan dedahkan puncanya, sedangkan hubungan kami baik-baik saja.

“Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh mungkin bersabar dan tidak ambil peduli tapi apabila keluar cerita sebegini membuatkan saya tidak boleh berdiam diri.

“Janganlah disebabkan nak tajuk yang sensasi, mereka sanggup ajak orang lain tabur fitnah dan berkata perkara yang tidak baik,” katanya

seila

Jadi kita sewajarnya mengambil iktibar dalam perkara ini. Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan perkara yang tidak pasti. Terutamanya menfitnah orang yang tidak bersalah. Tidak semena-mena Ubai dan Shila yang sedang bahagia tiba-tiba sahaja dituduh sedemikan sekali.

Previous articleSuara Emas, Ramai Terkejut Dan Bersyukur Zamani Kembali Sertai Gegarvaganza
Next articleDikutuk Hidung Besar dan Muka Berlubang, sekali Respon Liza Hanim Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here