Home Uncategorized “Aaron minta maaf..” Suami Mkn Bralas Tong Kitar Semula, Isteri Aaron Aziz...

“Aaron minta maaf..” Suami Mkn Bralas Tong Kitar Semula, Isteri Aaron Aziz Tampil Bersuara!

204
0

Pelakon Datuk Aaron Aziz enggan mengulas lanjut insiden dirinya terpaksa makan beralaskan tong kitar semula sebagai meja ketika terbabit dalam sebuah program TV baru-baru ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh isterinya, Datin Diyana Halik ketika dihubungi oleh Harian Metro.

“Aaron minta maaf sangat dia tak nak komen tentang video itu. Alhamdulilah dah settle (selesai) pun.

Maaf sangat-sangaf,” jawapnya ringkas menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Aaron di Instagram baru-baru ini.

Dua hari lalu, pelakon filem KL Gangster ini mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik videonya yang menikmati makanan di atas tong kitar semula berwarna kuning di Instagram.

Aaron menerusi keterangan gambarnya tidak menyalahkan penerbit rancangan itu atau stesen TV, tetapi menasihatkan ‘orang perantara’ program berkenaan perlu peka dengan perkara ini.

“Yang lain ada nama dan bilik disediakan. Takpelah biar orang buat kita, jangan kita buat orang ye. Mustahil tak tahu Abang dijemput,” tulisnya.

VIDEO:

Perkongsian dibuat Aaron itu mendapat hampir 500,000 tontonan setakat ini.

Susulan itu juga, ramai rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen bagi melahirkan perasaan terkejut dengan apa yang berlaku.

Mereka beranggapan bahawa tindakan itu sangatlah keterlaluan dan tidak beradab.

Aaron bagaimanapun tidak membalas sebarang komen yang jelas bersimpati terhadapnya.

Bagaimanapun, sikap sabar Aaron yang tetap tenang menikmati makanannya walau beralaskan tong kitar semula tetap dipuji ramai.

Makan beralas tong kitar semula, warganet pertahankan Aaron Aziz

Terpaksa menjamah bungkusan makanan tengah hari beralaskan tong kitar semula yang dijadikan sebagai meja, aktor terkenal, Datuk Aaron Aziz, meraih simpati peminat dan pengikutnya di media sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku baru-baru ini, Aaron menerusi satu hantaran video ringkas yang dikongsikan di akaun Instagramnya dilihat sedang makan bungkusan nasi beralaskan tong kitar semula berwarna kuning dan duduk di lantai, di laluan studio rakaman sebuah stesen televisyen.

“Abang tak salahkan siapa-siapa. Mungkin pasukan baru. Yang lain ada nama dan bilik disediakan.

“Tak apalah, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang ya. Mustahil tak tahu abang dijemput,” katanya menerusi ruangan kapsyen bersama video ringkas tersebut.

Selain itu, Aaron juga menulis tanda pagar di ruangan yang sama dengan antaranya berbunyi ‘hadapi dengan senyuman’, ‘Abang sedar abang suam-suam kuku’, ‘cuma bergurau’ dan ‘jangan terasa pula’.

Video itu dipercayai telah dirakamkan ketika Aaron terlibat dan dijemput untuk menjayakan sebuah sidang media secara virtual di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Aaron itu, ada antara rakan-rakan selebriti juga meninggalkan komen di ruangan selain rata-ratanya terkejut mengapa aktor itu menerima layanan seperti itu.

“Tak mungkin..abang Aaron kot. Tak akanlah tak kenal kot? Sedih!”tulis Raja Ilya.

“Tak patut,” tulis Nabila Huda.

“Bro, serius lah?” tulis Afdlin Shauki.

Selain itu, antara rakan-rakan lain yang meninggalkan komen ialah pelakon Shah Iskandar, Shima Anuar, Salina Saibi, Sufie Rashid dan isteri Aaron sendiri, Diyana Halik.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tiada satu komen yang dibalas oleh pelakon yang popular dengan watak Malik dalam filem KL Gangster ini di ruangan tersebut, dipercayai kerana enggan memanjangkan isu.

Sumber : HMETRO ONLINE, limauasamboi

Previous article“10 tahun kesunyian..” Wanita Lega Ank kesayangan Arwh Suami Beri ‘Green Light’ Kahwin Lagi.
Next article“Tlong hormat industri muzik kita..” Bru Je Iqbal Lancar Single Pertama, Skali Ini Komen Komposer Terkenal Azmeer.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here