Home Uncategorized “Hidup Untuk Siapa, Suami Atau Anak?..” – Rita Rudaini Dedah Bella Astillah...

“Hidup Untuk Siapa, Suami Atau Anak?..” – Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Datang Berjumpa Minta Nasihat

102
0

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan aktres dan penyanyi Bella Astillah ada berjumpa dengannya untuk meminta kata-kata semangat ketika rumah tangganya sedang bergolak.

Menurut Rita Rudaini Mokhtar, 48, ketika pertemuan tersebut, dia menitipkan pesanan buat Bella agar terus kuat menjalani ujian hidup demi dua cahaya matanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

“Saya tak rapat dengan dia (Bella), cuma saya mengikuti kisahnya yang sudah banyak kali terkena sampai saya jadi letih. Jadi, saya minta untuk beritahu Bella supaya sudahlah..”

“Kemudian, saya jumpa Bella semasa program Melodi Raya 2024 dan dia juga memang ada niat hendak jumpa saya. Dia kata sebab hendak ambil kekuatan dan tanya bagaimana saya boleh kuat..”

“Saya cakap senang sahaja, kalau hendak kuat tengok anak. Awak hidup untuk siapa? Untuk jaga suami atau jaga anak? Selepas itu, bila tengok sekarang Bella sudah nampak semakin kuat.
Rita berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmari, Shah Alam, pada Isnin..”

Previous articlePemuda Mahu Keadilan Dipecat Sebab MC Tak Maklumkan Bos… Beri Alasan Pekerja Baru, Tidak Simpan Nombor Telefon Sesiapa
Next articleKereta Langgar Tiang Elektrik, 3 Sahabat Maut, Seorang Lagi Parah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here