Home Isu Semasa Anggota Tentera Darat Hilang Semasa Melaksanakan Operasi Di Limbang, Sarawak

Anggota Tentera Darat Hilang Semasa Melaksanakan Operasi Di Limbang, Sarawak

127
0
Screenshot

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan bahawa seorang anggotanya dilaporkan hilang semasa menjalankan Operasi (Op) UKUR di kawasan sempadan Malaysia-Brunei pada Selasa lalu.

Sel Perhubungan Raya TDM memaklumkan bahawa anggota dari Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS), yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu iaitu 1212075 Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, didapati hilang ketika melaksanakan operasi bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Menurut TDM, ketiadaan anggota tersebut dikesan pada 18 Jun 2024, lebih kurang jam 12 tengah hari, ketika Ketua Kumpulan mendapati anggota tersebut tidak berada di posisi belakang kumpulan.

“Kejadian berlaku pada kedudukan dijarak 2 kilometer (Km) di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600,

“Usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada 2 anggota TDM dan 5 anggota JUPEM, namun gagal menemui anggota,

“Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM sejak Selasa lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu PDRM dan BOMBA,”

Jelas TDM, Op UKUR merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan, yang melibatkan penempatan anggota TDM sebagai Pengiring Keselamatan kepada pasukan JUPEM yang sedang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang, bermula 11 Jun hingga 2 September 2024.

Dalam kenyataan yang sama, pihak TDM turut berharap anggota berkenaan dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTak Guna ‘Cable’, Pelakon Mohon Taraf Penduduk Tetap Lepas 10 Tahun di Malaysia
Next articlePemegang Kunci Kaabah Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here