Home Viral Tak Guna ‘Cable’, Pelakon Mohon Taraf Penduduk Tetap Lepas 10 Tahun di...

Tak Guna ‘Cable’, Pelakon Mohon Taraf Penduduk Tetap Lepas 10 Tahun di Malaysia

112
0

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Shah Iskandar yang sering muncul dalam drama tempatan. Tanpa disedari, pelakon ini telah membina kerjayanya di Malaysia selama 10 tahun.

Pelakon kelahiran Singapura ini menarik nafas lega apabila dia layak untuk memohon status ‘Penduduk Tetap’ atau ‘Permanent Residence’ (PR) pada tahun hadapan.

Jelasnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memohon status PR, dan proses itu memakan masa yang lama kerana dia mengikuti prosedur yang sepatutnya.

“Selepas 10 tahun membina kerjaya di sini saya akhirnya dapat peluang untuk memohon status tersebut…”

“Tanpa cable atau apa-apa bantuan, saya boleh memohon status tersebut secara sah. Saya nak buat dengan cara yang betul…”

Pelakon ini bersyukur kerana dia tidak perlu lagi berulang-alik seperti sebelum ini.

“InsyaAllah, saya harap lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun…”

Jelas aktor berusia 42 tahun ini lagi, sekarang dia menggunakan pas penduduk (Resident Pass) yang membolehkannya keluar masuk Malaysia-Singapura setiap lima tahun.

Ia berbeza berbanding dahulu, di mana dia perlu melalui proses cop pasport dan sebagainya jika mahu ke Malaysia berulang kali.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSudah Kembali ‘Single’, Ramai Jejaka Cuba Nasib Nak Mengorat Nora Danish
Next articleAnggota Tentera Darat Hilang Semasa Melaksanakan Operasi Di Limbang, Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here