Pelakon remaja, Qistina Raisah tampil beri penjelasan mengenai penampilannya mengenakan hijab sehingga undang perhatian ramai di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 16 tahun itu di laman TikTok, dia memberitahu tujuannya memakai hijab kerana menghormati peraturan yang ditetapkan ketika berniaga di Kelantan.
View this post on Instagram
@qqistinaraisahMana abe abe kakak kakak kelate kitoo… mai la singgah booth Popiyoo depan mydin tunjong😚
“Asalamualaikum semua, saya kat sini nak cakap saya sebenarnya bukan on off (bertudung), saya pakai tudung hari itu sebab saya berniaga kat Kelantan, jadi peraturan di Kelantan vendor-vendor disitu kena pakai tudung untuk menghormati peraturan di sana…”
“Memang ada kat sana ada yang tak pakai tudung cuma kami sebagai vendor kena pakai tudung. Jadi minta maaf mana yang sudah kecewa dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Qistina meminta netizen untuk mendoakan yang baik-baik dan berharap dia terbuka hati untuk tampil dengan imej baharu kelak