Sebentar tadi kami melaporkan tentang penyebaran satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di media sosial yang didakwa menunjukkan suspek menyimbah asid ke arah pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Faisal Halim akan dikawal ketat apabila dibenarkan keluar dari hospital nanti kerana keadaannya sudah tidak seperti biasa.
Perkara ini juga menyebabkan tonggak utama pasukan Selangor FC itu tidak mudah didekati oleh individu lain selepas kejadian yang berlaku pada 5 Mei lepas.
Tindakan itu juga merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pemain tersebut, dan perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
“Sekarang masih ada ‘security’ di rumah, di hospital. Kita masih akan menyediakan kawalan keselamatan sehingga sampai masa dan ketika Faisal merasakan dia tenang dan OK…”
“Selepas itu, kita akan bincang dengan keluarga Faisal mengenai perkara ini…”
Sumber: Harian Metro