Home Viral Dua Anggota Cedera Parah Selepas Balai Polis Diserang

Dua Anggota Cedera Parah Selepas Balai Polis Diserang

214
0

Negara hari ini gempar dengan berita serangan seorang lelaki bertopeng yang menggunakan senjata di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 4.41 pagi Jumaat itu menyebabkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia akibat ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang turut ditembak mengalami kecederaan parah dan kini berada di zon merah di sebuah hospital.Suspek pula dipercayai telah ditembak mati dan pihak polis merampas dua senjata, iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5.

Terdahulu, dua anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 pagi. Panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang memaklumkan bahawa anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

Sumber: Sinar Harian

Previous articleMisteri Kehilangan Remaja Terjawab Selepas 26 Tahun Dikurung Jiran 100 Meter Dari Rumah
Next articleNenek Dedah Rupanya Suami Syasya Dolla Tidak Bekerja?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here