Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tiba-tiba rebah semasa majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh syarikatnya baru-baru ini.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, usahawan itu dilihat sedang bergambar bersama dengan pelajar-pelajar perempuan.
Tidak lama selepas itu, Haliza rebah manakala suaminya Mohd Rosli Awang kemudian bertindak memangkunya dan melaungkan azan.
Turut kelihatan dalam insiden tersebut adalah pendakwah, Datuk Dr. Norhafizah Musa dan pelakon, Datin Anne Ngasri yang turut membantu usahawan berkenaan.
Bagaimanapun, Haliza tidak menyatakan punca kejadian tersebut berlaku namun hanya menitipkan nasihat tentang kezaliman di ruangan kapsyen video tersebut.
“Ketika kita dizalimi. Sabar. Tahan lisan dan perbuatan, ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar…”
“Yakin bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir yang tidak dapat kita hindari…”
“Tawakal. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah sahaja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan membuat zalim terhadap kita…”
“Muhasabah diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia…”
Dalam waktu yang sama, Haliza juga menghargai Ustazah Norhafizah dan juga Anne dengan ucapan terima kasih.
Mengimbas ruang komen, secara purata, warganet mengesyaki bahawa kejadian itu mungkin berpunca daripada penyakit hasad dengki yang disebabkan oleh seseorang yang mungkin mempunyai perasaan iri hati.
Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Haliza diberikan kesembuhan dan terhindar dari sebarang penyakit.
Lihat klip video di bawah:
@halizamaysuriKetika Kita Dizalimi 1. SABAR. Tahan lisan dan perbuatan.Ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar. 2. YAKIN bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir Allah yang tidak dapat kita hindari. 3. TAWAKKAL. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah saja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan berbuat zalim terhadap kita. 4. MUHASABAH diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. 5.SIBUKKAN diri dengan ilmu dan kegiatan yang bermanfaat. @ustazahnorhafizahmusa maafkan saya tidak dapat menyantuni sehingga majlis selesai, risaukan anak hafizah yang ditimpa oleh saya semalam, adakah baik2 saja? Untuk Adindaku @annengasri_official terima kasih selalu ada ketika Kakak perlukan. Hajjah @suzaini1005 Terima kasih turut hadir majlis semalam. Semoga Allah memustajabkan doa dari anak2 @madinatulhuffaz Amin.
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.