Setelah mencapai ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada bulan September tahun sebelumnya, pelakon Mierul Aiman menyatakan bahawa dia belum mempertimbangkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Mierul, atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, dia ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan yang baru saja digelutinya ini.
“Buat masa sekarang sepenuh hati saya hanyalah untuk bidang lakonan. Saya tak pernah terfikir untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana…”
“Selepas genggam ijazah sarjana muda, mereka okay sahaja jika sambung belajar atau tidak…”
Mierul mengumumkan perkara tersebut ketika diwawancara selepas sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Projek: High Council menyatakan bahawa dia berasa puas dengan pencapaiannya dalam pendidikan setelah lebih lima tahun menuntut ilmu di Universiti Selangor (Unisel).
“Saya dah bertungkus lumus sepanjang lima tahun berada di Unisel, untuk mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tu sangat susah…”
“Jadi bila dah lalui proses tu tanpa ulang semula, saya dah buktikan kepada keluarga sebagai itu salah satu pencapaian saya…”
Pada masa yang sama, Mierul menyatakan bahawa kini adalah masanya baginya untuk memberikan tumpuan kepada pengembangan kerjaya dalam bidang seni. Tambahan pula, aktor itu merasa bersyukur kerana bakatnya kini telah mendapat kepercayaan dari banyak pengarah dan produksi.
“Perkara pertama saya terfikir selepas Hero Remaja ialah macam mana nak yakinkan orang industri macam pengarah, penerbit, rakan lakon dan juga penonton…”
“Tapi Alhamdulillah Allah memakbulkan mimpi saya. Beberapa pengarah dan produksi semakin percayakan bakat saya untuk menaikkan nama industri kita ke peringkat lebih tinggi…”
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Portal
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.