Penyanyi wanita terkenal tanah air, Najwa Latiff meluahkan perasaannya di sebuah ‘show’ yang menceritakan pengalaman pahit dirinya.
Najwa Latiff mengatakan bahawa semasa beliau berumur 16 dan 17 tahun, guru di sekolahnya pernah memberitahu dirinya bahawa beliau tidak akan berjaya.
“Bila Cikgu Cakap Saya Takkan Berjaya, Susah Untuk Saya Percaya Yang Satu Hari Nanti Saya Akan Berjaya…” – Najwa Latiff
Beliau turut mengatakan bahawa beliau juga merayu kepada ibunya untuk berhenti dari sesi persekolahan.
“Saya pernah beritahu ibu saya, saya nak berhenti sekolah biar lah kerja saja dekat Mcd, tak payah jadi penyanyi…” – Katanya
“Wawa taknak pergi sekolah Wawa tak suka, sebab saya rasa sangat sedih bila orang tak percayakan kebolehan kita…” – Katanya lagi
Walau bagaimanapun, kisah yang diceritakan oleh penyanyi tersebut telah membuat ramai sebak. Ada yang mengatakan bahawa ini lah yang dimaksudkan dengan kata-kata yang diucapkan ibarat pisau, yang mana kesannya akan diingati oleh seseorang itu selamanya.
Lihat posting di bawah:
Kadang2 kata2 yg diycapkan tu ibarat pisau,yg mana kesannya akan diingati oleh org tu selamanya. Kesian najwa latif,cikgu yg patut beri sokongan tp cakap mcm tu kat dia. X semua boleh terima kata2 buruk mcm tu pic.twitter.com/Vx49MKUmri
— KnizaM Leo 🇲🇾🔰 (@kroolnizam) February 25, 2024
Sumber: Tiktok
Perhatian: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.