Home Viral “Lelaki Perempuan Sanjung, Korang Dah Hilang Iman Ke…” – Ustaz Adnin Kecewa...

“Lelaki Perempuan Sanjung, Korang Dah Hilang Iman Ke…” – Ustaz Adnin Kecewa Terhadap Orang Melayu

151
0

Seorang pempengaruh Islamik dan pengarang buku yang dikenali sebagai Ustaz Adnin menyatakan rasa kecewanya setelah melihat video orang awam yang teruja bergambar dengan seseorang yang dikatakan terlibat dalam kes persundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’.

Melalui kiriman di Instagram, Ustaz Adnin mengungkapkan rasa kesalnya terhadap tindakan beberapa pihak yang disyaki sengaja mempromosikan dan memberikan publisiti kepada individu yang terlibat.

“Saya bila tahu benda ini, saya rasa sangat sedih dan sakit hati. Rasa nak marah. Yang mana baru-baru ini, ada seorang mamat Melayu ini aku pun tak kenal, alih-alih kena tahan polis sebab kantoi buat video lucah…” – Katanya

“Berzina dengan ramai perempuan dan dia pergi upload video-video itu dekat media sosial. Dan bila dia dah terlepas dari tahanan polis dengan ikat jamin, alih-alih bila dia buat live, ramai gila orang tengok live dia…” – Tambahnya

“Lelaki tengok, perempuan pun tengok. Siap bagi gift, puji, sanjung. Saya ada tertengok satu video, mamat itu jalan-jalan, alih-alih ramai orang nak bergambar dengan dia…” – Tambahnya lagi

“Lelaki ada, perempuan pun ada. Ya Allah, korang dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu nak tinggalkan maksiat, janganlah buat maksiat terang-terangan dan jangan support pelaku maksiat itu…” – Jelasnya

Dalam perkongsian yang sama, Ustaz Adnin menyatakan bahawa orang ramai sepatutnya tidak mengangkat nama ‘Hot Daddy’ atau menyokongnya selepas melakukan perbuatan yang terkutuk dan jelas-jelas salah di sisi agama.

“Kalau kita dah mula bangga dan support maksiat, maksudnya kita ini dah tak ada iman. Sebab selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu…” – Jelasnya

Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut mengajak semua orang yang sudah ketagih dengan perkara lucah dan maksiat untuk berubah menjadi lebih baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kesian Industri Kami..” – Erma Fatima Kesal Dengan Tajuk Berita Tempatan
Next article“Menyanyi Hebat, Mengaji Pun Hebat..” – Peminat Tergamam Dengar Ernie Zakri Taranum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here