Home Viral “Selepas Kami Bercerai Saya Tidak Pernah Membuka Aib Sesiapa, Tetapi Dia Mungkir...

“Selepas Kami Bercerai Saya Tidak Pernah Membuka Aib Sesiapa, Tetapi Dia Mungkir Janji…” – Mizz Nina

426
0

Selebriti terkenal, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, terkesan dengan kehilangan anak angkatnya, Musa, selama lebih tiga minggu tanpa izin dan pengetahuannya, terutamanya kerana perkara itu berlaku semasa dia berada di luar Malaysia.

Melalui proses undang-undang, Nina tidak dapat berjumpa atau berkomunikasi dengan Musa sepanjang tempoh tersebut.

Tindakan kemanusiaan ini bermaksud untuk mendedahkan kejadian sebenar, kerana sepanjang masa ini, Nina tidak pernah mendedahkan sebarang perkara berkenaan isu yang melibatkan bekas suaminya, baik kepada pemberita atau di platform media sosial.

“Semua orang kenal bahawa saya seorang yang sangat perahsia. Selepas kejadian itu berlaku, saya memang berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan…” – Mizz Niza

“Selepas kami bercerai, saya tidak pernah mendedahkan apa-apa atau membuka aib sesiapa, terutama bekas suami. Tapi kini, saya mahu menerangkan situasi sebenar apa yang berlaku…” – Katanya

Nina menyatakan bahawa kejadian anaknya diculik dari rumah tanpa izin dan pengetahuannya berlaku pada 19 Disember tahun lalu. Pada ketika itu, beliau sedang dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

“Musa dibawa keluar dari rumah saya tanpa izin pada 19 Disember 2023 ketika saya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Waktu itu saya masih dalam penerbangan…” – Tambahnya

“Bila saya selamat mendarat, saya diberitahu (oleh pengasuh), bahawa Musa telah dibawa keluar dari rumah dan diserahkan kepada bekas suami. Musa dibawa keluar oleh pengasuh yang bekerja dengan saya sepenuh masa…” – Tambahnya lagi

“Pengasuh merupakan seorang wanita warga tempatan yang berusia 30-an. Sehingga kini saya tidak dapat menjejakinya. Hilang…” – Jelasnya

Lihat posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Rempit Mana Aku Keluar Ni Pakai Selipar, Saya Terus Nak Reject Dia…” – Ain Edruce
Next article“Awak Berhak Bahagia Hidayah…” – Hidayah Bagi Hint Sudah Tunangan Orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here