Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty, menegaskan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang meninggalkan kata-kata negatif terhadap influencer, Kasih Iris Leona.
Prashan menyatakan dalam laporan dari Astro Gempak bahawa Leona, anak kepada aktor Azhar Sulaiman, telah lama menerima kecaman, namun kutukan dan kritikan yang diterima baru-baru ini dianggap melampau.
“Benda ni kita dah lama berbincang dengan Leona. Ia bukanlah satu hal yang baharu. Cuma apa yang dia terima baru-baru ini agak kasar sedikit…” – Prashan
Sementara itu, pengasas dan pegawai eksekutif XENO Entertainment menegaskan bahawa pada masa ini mereka belum mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang mengutuk Leona.
Namun, jika tindakan tersebut menganggu kesejahteraan mental dan keluarga influencer, mereka akan memulakan langkah-langkah tindakan sewajarnya.
“Mental Leona ni dah kuat sebenarnya. Dia tak kisah pun dengan kritikan yang diterima. Malah, komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen juga dia tak baca. Sebab dia hidup dalam dunia dia sendiri…” – Katanya
“Jadi buat masa ini, pihak kami tidak terfikir pun untuk ambil sebarang tindakan terhadap netizen yang memberikan kutukan…” – Katanya lagi
“Tetapi, kalau benda ini jadi lebih teruk, dan menjejaskan mental Leona serta keluarganya, kita akan start ambil tindakan yang sewajarnya…” Jelasnya
Sebelum ini, Leona telah meluahkan beberapa perasaannya di aplikasi X susulan menerima kecaman yang teruk akibat video dia menari dengan pakaian yang dikatakan mencolok mata sehingga hampir terlondeh.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.