Pelakon dan pengacara yang cantik, Scha Al-Yahya, mendedahkan keputusan yang sangat tegas dalam menitikberatkan soal pendidikan anaknya, Lara Alana. Meskipun demikian, Scha menyatakan bahawa dia pernah terfikir tentang apakah dia terlalu tegas terhadap Lara dalam hal pendidikan.
Scha, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, berkata bahawa dia mulai merenungkan hal tersebut setelah Lara pernah menangis hingga tidak ingin pulang ke rumah karena takut menunjukkan hasil peperiksaannya kepada ibunya.
“Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?’…” – Katanya
“Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut untuk tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya….” – Katanya lagi
“Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu garang dengan dia itu tidaklah. Saya ni memang garang tapi tak adalah sampai nak mendera tu, tidaklah…” – Tambahnya
“Tapi saya rasa Lara jadi begitu mungkin sebab saya ini selalu duduk dengan dia untuk pastikan setiap perkara yang berkaitan dengan akademik dia teratur dan dalam keadaan yang sepatutnya…” – Tambahnya lagi
Scha memperkongsikan pengalamannya ini ketika diwawancara semasa pelancaran produk Glade Essences Elite di The Swimming Club, The Kuala Lumpur Journal Hotel pada petang Khamis.
Pelakon filem ‘Histeria’ itu juga menyatakan bahawa dia tidak akan mengatur cita-cita untuk Lara, tetapi akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam proses pembelajarannya.
“Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin…” – Jelasnya
“Dah habis sekolah nanti, ‘Girl you are on your own’. Apa sekali pun dia nak jadi nanti, dia boleh buat keputusan sendiri…” – Jelasnya lagi
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram, Oh Bulan!
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.