Home Viral Hilang Suara dan Kes Ditangguhkan, Siti Nordiana Dinasihatkan Jangan Bercakap

Hilang Suara dan Kes Ditangguhkan, Siti Nordiana Dinasihatkan Jangan Bercakap

256
0

Perbicaraan kes saman Siti Nordiana terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa telah ditangguhkan kerana penyanyi berkenaan menghadapi kesukaran untuk bercakap. Keputusan tersebut turut mendapat persetujuan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes tersebut, seperti yang diumumkan oleh peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin.

“Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan…” – Katanya

“Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada esok pagi (Rabu)…” – Katanya lagi

Pengurusnya, Mohamad Al Anas Osman, 39, mengemukakan bahawa Siti Nordiana mengalami masalah suara sejak minggu lalu, dan keadaannya semakin teruk pada pagi Selasa. Anas menyatakan bahawa Siti Nordiana atau Nana telah diberikan cuti sakit selama 11 hari setelah berjumpa dengan doktor pakar.

Beliau menambahkan bahawa penyanyi tersebut juga diminta untuk menghindari berkomunikasi secara lisan demi memastikan pulihnya keadaannya dengan segera.

“Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang masih menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap…” – Tambahnya

“Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat…” – Tambahnya lagi

Anas juga memohon kepada peminat untuk mendoakan kesihatan penyanyi tersebut supaya pulih dengan cepat, membolehkannya melaksanakan persembahan dengan cemerlang pada peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad ini.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sebenarnya Dah Setahun Saya Tak Ada Gaji Dekat Bubblebee…” – Shuib
Next article“Segala Kejayaan Dan Pencapaian Saya Harini Adalah Untuk Ibu Bapa Saya..” – Anak Peniaga Pasar Malam Terima Anugerah Pingat Emas Canselor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here