Kontroversi kes buli yang melibatkan pelakon Uqasha Senrose masih belum reda setelah individu yang didakwa sebagai rakan mangsa membuat kenyataan menerusi panggilan telefon semasa sesi siaran langsung di akaun TikTok milik aktres tersebut pada Jumaat.
Dalam video pendek berdurasi lebih dari dua minit itu, individu yang dikenali sebagai @BUGATTI mempersoalkan kenyataan Uqasha mengenai status kes yang sebelum ini telah dianggap ditutup sambil meminta aktres tersebut untuk tenang.
“Saya nak tanya awak, kenapa awak cakap ‘Awak pasti kes tersebut dah ditutup?…” – Uqasha Senrose
“Memang saya palatao pun… you chill je jangan nak marah-marah. Benda ni kena chill lah babe. Kenapa you nak kena melantun… you chill je…” – Individu
Lihat klip video di bawah:
@xtra_my Replying to @kartienyslamat Semoga isu ini dapat diselesaikan segera #fyp #xtramy #uqashasenrose #buli #kawan #sekolah #meninggaldunia #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.