Home Viral “Tolonglah Jangan Fitnah, Aku Tak Pernah Tampar Muka Kau Eh…” – Syafiq...

“Tolonglah Jangan Fitnah, Aku Tak Pernah Tampar Muka Kau Eh…” – Syafiq Amzah Merayu Pada Shila Amzah

276
0

Adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Syafiq menekankan kepentingan untuk kakaknya mencari ibunya, Fauziah Sarman, dan memohon maaf.

Syafiq menambah, dia sendiri tidak pernah menampar Shila, serta meminta penyanyi tersebut untuk berhenti menuduhnya.

“Tolonglah Shila, kau pergi cari  mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh…” – Syafiq Amzah

Pada masa yang sama, Syafiq mengumumkan bahawa dia telah meninggalkan kediaman banglo milik Shila di Hulu Langat.

“Aku tegur kakak aku maki hamun mak aku salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku. Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak mak aku. Jadi aku marah bab tu…” – Katanya

“Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah itu sikit pun aku tak hairan…” – Katanya lagi

Syafiq juga menyatakan kehairanan kerana Ubai, isteri Shila, membenarkan Shila memarahi ibu mereka di hadapannya.

“Aku cakap ya mak kau dah meninggal, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau. Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah meninggal, kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu, jadi itu maksud dia…” – Tambahnya

Lihat Posting di bawah:

IMG 1051

Sumber: Instagram, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDihentam Pakai Anting-Anting Seiras Bentuk Salib, Scha Alyahya Tampil Perjelas Perkara Sebenar
Next article“Dia Mengaku Dia Seorang Penjahil dan Pendosa…” – Ustazah Asma Harun Dedah Respon Janna Nick

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here