Home Viral “Ai Pun Tak Patut Sepatutnya…” – Netizen Terkejut Melihat Ai Version Neelofa

“Ai Pun Tak Patut Sepatutnya…” – Netizen Terkejut Melihat Ai Version Neelofa

483
0

Penyampaian hiburan oleh Noor Neelofa, seorang pengacara terkenal dan usahawan, atau yang lebih mesra dikenali sebagai Lofa, sekali lagi menarik perhatian ramai. Terutamanya apabila beliau berkongsi kehadiran wajahnya dalam konteks Kecerdasan Buatan (AI) sempena pelancaran produk terbaru.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, yang berusia 34 tahun, mengungkapkan tekadnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’ sebagai kelanjutan kepada pengaruh atau warisan unik yang dimilikinya.

“Buat perubahan, capai yang tidak terbayang, sumbang kepada komuniti dengan cara meninggalkan kesan berpanjangan, tinggalkan ia jauh lebih baik berbanding ketika anda menjumpainya.”

“Sebuah legasi yang menjadi cerminan kepada keunikan, bakat, dan sumbangan untuk dunia, sesuatu yang membezakan kamu serta akan diingati orang lain.”

“Saya tidak sabar untuk tunjuk kepada anda semua keseluruhan koleksi,”tulisnya di ruangan hantaran tersebut.”

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020. Ada juga yang mengatakan bahawa Neelofa tidak sepatutnya menunjukkan wajahnya walaupun menggunakan teknologi Ai.

Malah, dia yang juga isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz sendiri mengesahkan dirinya sudah berpurdah atau berniqab.

Dia juga turut memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Biarlah dia mengambil masa untuk memahami Islam lebih dulu…” – Sabri Yunus Akui Tak Terlalu Memaksa Angeline Tan Untuk Solat
Next article“Walaupun Saya Yakin Dia Bakal Jadi Suri Hati Saya…” – Johan As’ari Gagal Melangsungkan Perkahwinan Kerana Masalah Peribadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here