Home Hiburan “Tak Kenal Maka Tak Cinta, Come And Meet Me First..” – Aina...

“Tak Kenal Maka Tak Cinta, Come And Meet Me First..” – Aina Abdul Jawab Isu Kekwat Dan Sombong

248
0

Aina Abdul tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanah air. Kehebatan vokal dan kelunakan suaranya itu mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta. Banyak lagu-lagunya yang menjadi trending malah dia pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu berjudul Terus Hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Namun begitu, ada sesetengah netizen yang melabel Aina sebagai seorang yang kekwat dan sombong.

Aina bagaimanapun menafikan perkara tersebut, dia berkata dia tidak sombong namun mungkin kerana dia kurang berkawan. Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa bersendirian di rumah.

“Sebenarnya kekwat itu tidaklah, mungkin saya kurang kawan, saya kurang berkawan..”

“Saya banyak habiskan masa di rumah bersama piano saya sebab saya seorang yang lebih banyak bersendirian, bila sebegitu ada orang kata saya kekwat dan sombong, tapi tidak..”

“Saya tak banyak kawan, setiap kawan yang ada itu kawan rapat,”

“Kalau ada yang kata kekwat, ‘come and meet me first, talk to me and get to know me through my fans club’. Mungkin pandangan anda akan berubah..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Saya ada dengar juga orang cakap-cakap sebegitu, tapi saya tidak mahu bersuara apa-apa nanti akan merosakkan lagi keadaan. Apa sahaja pendapat mereka say hormat tetapi saya tahu prinsip hidup saya, saya buat kerja saya saja. Tak kenal maka tak cinta,”

Biasalah tu kan, tak semua orang suka kita. Tapi siapa yang kenal Aina dengan rapat sudah tentu tahu yang dia tidak sombong sama sekali. Sebab tu ramai yang join fanclub Ainations. Siap buat holiday lagi..

Previous articleAyda Jebat Kongsi Rasa Tidak Selesa Perut Disentuh Makcik-Makcik – “Saya Sensitif Perut Diraba..”
Next articleView Chin Sudah Tukar Agama? Ramai Buat Spekulasi Dia ‘Convert’ Untuk Nikahi Mira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here