Home Hiburan Pernah Digosipkan Bercinta, Zizan Razak Jawab Isu Tidak Mahu Berlakon Bersama Mira...

Pernah Digosipkan Bercinta, Zizan Razak Jawab Isu Tidak Mahu Berlakon Bersama Mira Filzah

287
0

Nama Zizan Razak tidak perlu diperkenalkan lagi dalan industri seni tanah air. Banyak filem dan drama lakonannya yang menjadi hits membuatkan dia dikenali sepelosok masyarakat tidak kira muda atau tua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

Baru-baru ini ada dakwaan yang mengatakan Zizan Razak menolak tawaran untuk bekerjasama dengan pelakon Mira Filzah. Hal ini kerana mereka pernah mempunyai hubungan suatu ketika dahulu namun terputus di tengah jalan.

Zizan bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Menurutnya, dia sentiasa terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja termasuk Mira.

“Tidak benar dakwaan itu. Saya langsung tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bekerja dengan sesiapa pun selagi gandingan itu dirasakan yang terbaik.

“Tapi jika saya tak selesa dengan seseorang itu, mungkin ada syarat yang saya letakkan.

“Misalnya, sesetengah pelakon itu ada buat perangai di set penggambaran, sudah tentu saya tak berminat untuk bekerjasama dengannya,”

Zizan turut berkata yang dia tidak tahu dari mana datangnya khabar angin tentang dakwaan tersebut. Kemungkinan kerana dia sudah lama tidak bekerjasama membuatkan orang berfikir sedemikian.

“Rasanya kali terakhir kami bergandingan adalah menerusi drama bersiri Jula Juli Bintang Cinta sekitar tahun 2017,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

Selain itu, Zizan mengatakan hubungan dengan Mira masih baik sebagai seorang kawan.

“Saya okay sahaja, tiada masalah untuk bekerjasama dengan Mira. Lagipun atas urusan kerja. Apa yang saya buat dalam industri ini sema untuk peminat saya. Kalau orang suka sava akan buat..”

“Macam drama Super Wira ini, saya baru tahu Mira berlakon sekali dalam cerita ini selepas saya membaca skrip di set penggambaran. Tapi saya tidak berjumpa dengan dia sebab babak kami berlainan,” jelasnya.

Sebelum ini, Zizan dan Mira dikatakan pernah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun. Namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan. Kini Mira Filzah sudah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir.

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDidakwa Terlalu Kejar Populariti & Lagha, sekali Respon Penyanyi Aishah Buat Ramai Tak Sangka
Next articleTular Didakwa Harga Makanan Cekik Darah, sekali Pemilik Kedai Beri Penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here