Nama Mimi Lana tidak perlu diperkenalkan lagi industri hiburan. Banyak drama dan filem lakonannya yang menjadi trending meletakkannya sebaris dengan pelakon-pelakon top negara.
View this post on Instagram
Tular di laman sosial tuduhan di mana Mimi Lana merupakan anak kepada pengarah, Din Glamour. Hal ini kerana video di mana Mimi yang sedang menadah tangan berdoa turut dimuat naik oleh individu terbabit dengan kapsyen yang mengundang salah faham ramai.
Mimi Lana kemudian tampil menafikan berita tersebut. Dia berkata yang dia tiada pertalian darah sama sekali dengan pengarah, Din Glamour. Namun Mimi mendoakan moga Abg Din dipermudahkan urusan dan mendapat kesembuhan semula.