Nama Noh Salleh tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni muzik tanah air. Banyak lagu-lagu ciptaannya yang menjadi kegilaan peminat terutamanya golongan muda. Semasa temebual di Podcast di laman sosial Sneakerlah, Noh Salleh berkongsi yang dia pernah terdetik untuk bersara dari industri hiburan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dibawah jenama, Hikari.
View this post on Instagram
Menurut vokalis kumpulan Hujan ini, untuk ‘stay’ dalam industri pastinya bukan mudah terutamanya untuk band yang bergenre indie rock ini.
“Baru malam tadi aku rasa macam nak quit. Kan aku cerita tadi aku jadi anxiety bila ramai orang.
“Rasa gerd muncul, suddenly aku rasa lemah, lagu lima minit nak show lagi banyak aku minum air hausboom tu. Patutnya jangan, kan manis gila. Aku nak energy kena minum..”
“Aku second show dah rasa nak pengsan, tapi dalam visual aku gila ‘b*bi’ kan. Aku struggle nak mampus untuk habiskan satu set, berjaya habiskan pun driven by energy crowd,” katanya.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia menyedari dirinya sudah tua dan badannya sudah mulai sakit. Justeru dia tidak kuat lagi untuk membuat persembahan seperti muda-mudi dahulu.
“Aku dah rasa nak mati ni, tak larat nak bangun. Bahu aku dah sakit, i’m getting old nak masuk 40 tahun rock and roll performance Hujan tu, aku tak tahu mampu bertahan ke tak.
“Aku tak ambil dadah, aku tak minum arak. Aku tak pergi bersosial dekat kelab. Time aku rasa best nak bersosial is on stage,” katanya dalam temubual podcast di laman media sosial sneakerlah.
Buat pengetahuan, Noh baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama isteri tersayang iaitu Fatin Athira. Min doakan moga ikatan perkahwinan ini terus utuh dan Noh terus bahagia hingga ke jannah.
View this post on Instagram