Home Isu Semasa Gurauan Keterlaluan, sekali Teguran Mamat Exist Terhadap Nabil Raih Tumpuan Ramai

Gurauan Keterlaluan, sekali Teguran Mamat Exist Terhadap Nabil Raih Tumpuan Ramai

440
0

Vokalis kumpulan Exist, Mamat ingatkan Nabil Ahmad supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan sewaktu mengacarakan program besar seperti All Star Gegar Vaganza baru-baru ini.

Perkara tersebut susulan daripada tularnya kenyataan pengacara dan pelawak, Ahmad Nabil Ahamd yang dikatakan mengeluarkan gurauan melampau merujuk kepada ketiadaan Mamat dalam program tersebut.

Memetik laporan dari Harian Metro, Mamat yang sudah membaca penjelasan dari Nabil memahami apa yang diperkatakan pengacara itu dan merasakan mungkin dia bermaksud baik, namun bukan semua dapat menerimanya.

“Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata…” – Mamat Exist

“Saya ingatkan Nabil kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’…” – Katanya

“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen…” – Katanya lagi

Ujar Mamat lagi, gurauan mengatakan dia di ‘tempat tinggi’ dan menjelaskan ia membawa maksud ‘legend’ memang sekadar untuk berseloroh.

Terdahulu, Nabil dikatakan mengeluarkan kenyataan gurauan yang dianggap keterlaluan berkaitan ketiadaan Mamat dalam All Star Gegar Vaganza.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Abang Dia Mesti Baik Sangat Dengan Adik-Adik..” – Adik Menangis Teresak-Esak Hantar Abang Masuk Asrama
Next articleHarga Tiket Konsert Mahal, sekali Aina Abdul Dedah Kos Konsert Beliau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here