Siapa tidak kenal Fizo Omar, hero malaya yang mengegarkan dunia seni suatu ketika dahulu. Banyak filem dan drama lakonannya yang trending dan menjadi bualan ramai. Terdahulu, Fizo Omar pernah berkahwin dengan seorang ahli perniaagaan iaitu Mawar Karim. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Wan Maryam.
Kini, Fizo sudah berkahwin dengan isteri baharu iaitu Fazeera Nazri dan dikurniakan 2 orang anak. Fazeera Nazri yang juga bekas pramugari berkongsi tentang cara Fizo Omar ‘Mengorat’ sewaktu dia bekerja sebagaia pramugari.
View this post on Instagram
“Saya mula kenal dengan Fizo Omar sebelum Covid-19. Dia naik flight ke KL. Kenal ketika dalam kapal, saya tahu itu Fizo Omar..”
“Saya tegur dan berborak macam tu saja, ketika nak landing, dia bagi business card dia kepada saya. la berlaku pada awal tahun 2020..”
“Tapi ketika itu tidak serius sangat, cuma ‘keep in touch’ saja, saya sibuk, tiada masa nak mesej. Selepas saya kena ‘terminate, baru saya betul-betul ‘keep in touch’. Terus dipinang dan jumpa keluarga,” kongsinya dalam sebuah podcast.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, wanita sal Sarawak ini meluahkan rasa syukur apabila ditemukan dengan Fizo selepas perkhidmatannya di Qatar Airways diberhentikan dek kerana virus Covid-19.
“Aturan Tuhan itu dah cantik. Kalau tiada Covid, mungkin saya mash lagi berlegar di luar negara. Alhamdulillah sekarang dah bekerluarga anak juga sudah tiga orang,” ujarnya.
“Setahun lebih say berkhidmat di Qatar Airways. Saya dapat pergi melancong, beli tas tangan mewah dan pergi tempat-tempat mewah sendiri, bukan boyfriend yang belanja, pay on my own.
“Saya tidak pernah ‘resign, ketika itu Covid-19 jadi mereka perlu ‘terminate crew, sebab tak banyak penerbangan. Saya dihantar pulang ke Malaysia hujung tahun kira-kira bulan Oktober sebab Covid-19..”
“Ketika itu, ada beberapa sahaja penerbangan, kena pakai PPE sepanjang bekerja. Banyak juga duduk di rumah sahaja. Masa itulah macam depress bagi kami semua..”
“Bila dapat tahu kena ‘terminated’, ada hikmah boleh pulang ke rumah.”
“Selepas pulang ke Malaysia saya terus sambung ‘study’ dalam ijazah sarjana pendidikan sehingga kini,” kongsi Fazeera.
Untuk info, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.