Home Viral Dapat Sokongan Syamsul Untuk Teruskan Saman, sekali Luahan Puteri Sarah Raih Tumpuan...

Dapat Sokongan Syamsul Untuk Teruskan Saman, sekali Luahan Puteri Sarah Raih Tumpuan Ramai

375
0

Pelakon Puteri Sarah dan merupakan bekas isteri Pengarah Syamsul Yusof menjelaskan tindakannya untuk meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena adalah untuk memberi pengajaran kepadanya.

Sarah berkata, dia juga telah berbincang dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof mengenai isu tersebut. Menurut Sarah, Syamsul menyerahkan segala keputusan kepadanya.

“Saya dapat tahu segala info tentang wanita berkenaan (Wiwi Darvinda) masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah. Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya…” – Puteri Sarah

“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul (bekas suami). Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita…” – Luahnya

“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya. Jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay sahaja…” – Luahnya

Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media teater muzikal kanak-kanak berjudul Pak Pandir dan Labu Ajaib yang berlangsung di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah pelakon wanita berusia 37 tahun itu lagi, dia juga telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail untuk menjelaskan tentang isu berkenaan.

“Mama (Patimah) dan papa (Yusof) dah tahu tentang ini. Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir. Saya juga sudah penat…” – Luahnya lagi

Sementara itu, disoal adakah berkemungkinan akan menarik semula saman terhadap Wiwi seperti yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini, Sarah dengan tegas menjawab kali ini dia nekad dengan pendiriannya.

“Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula saman. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing. Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini…” – Tambahnya

Dalam pada itu, Sarah berkata selepas dia meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, wanita berkenaan telah menghubunginya untuk berjumpa, tetapi dia enggan untuk bertemu.

“Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula…” – Katanya lagi

Lihat Posting di bawah:
bukti
Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleMengaku Hati Tisu, sekali Pengakuan Pelakon Amir Ahnaf Raih Tumpuan Ramai
Next articleTular Mengenai Pelakon Bersuka Ria Di Kota Al Ula, sekali Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here