Pelawak Ali Puteh, masih belum melangsaikan hutang sebanyak RM76,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan oleh mahkamah berikutan kes saman fitnah.
Sudah diberi tempoh yang lama
Memetik laporan Harian Metro, Hidayah menjelaskan bahawa dia telah memberi tempoh yang lama kepada Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan untuk melunaskan hutang berkenaan namun pelawak tersebut masih gagal berbuat demikian.
Sudah beberapa kali arahan dari mahkamah, termasuk peguam saya meminta pihak sana menyelesaikan bayaran RM76,000 yang saya menang dalam kes saman pada 18 Februari, tahun lalu.
Tapi, pihak sana masih lagi degil, dan melanggar perintah mahkamah. Malah, tiada usaha dan inisiatif dilakukan untuk melangsaikan hutang piutang itu kepada saya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini menegaskan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Ali masih berdiam diri.
Sebelum ini, saya masih berbaik hati dan bertimbang rasa untuk memberi ruang dan masa padanya (Ali) untuk menyelesaikan hutang ini. Tetapi, dia tidak memandang serius perkara ini dan tindakan susulan perlu saya buat.
Saya akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang lebih berat agar pihak sana dapat menjelaskan hutang piutang ini dengan kadar segera kerana saya tidak mahu ada timbul apa-apa masalah yang berhubung kait dengannya lagi selepas ini.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Hidayah menuntut sejumlah hutang tersebut terhadap Ali dan juga terhadap kakaknya yang berhutang sebanyak RM2,000 berikutan kes saman berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ali berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada Hidayah sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyelamatkan rumah pusaka arwah ibunya disita.
Kemelut antara Hidayah dan keluarga Ali bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.
Untuk info, Ali dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap usahawan sensasi iaitu Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual mereka didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]