Home Kisah rakyat “Saya Tidak Selesa Dipanggil YB..” – Altimet

“Saya Tidak Selesa Dipanggil YB..” – Altimet

354
0

Penyanyi rap terkenal, Altimet telah masuk bertanding dalam pilihan raya negeri baru-baru ini. Altimet berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin. Dia merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah memberi segala sokongan kepada dirinya.

Altimet mengakui dirinya tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB walaupun sudah memenangi pilihan raya tersebut.

“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang,” katanya.

tmett

Altimet juga berkata dia akan berusaha untuk melaksanakan manifesto yang dijanjikannya.

“Sebagai pekerja masyarakat, saya akan sentiasa berusaha dengan segala kudrat yang ada dan akan bersama-sama dengan masyarakat dalam memastikan kebajikan akan terus diperjuangkan.

“Terus menyanjung adat resam dan amalan budaya asal dikalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita.

“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membetuk karier yang betul,” katanya lagi.

Previous articleMonyet Tumpang Naik Bot Untuk Seberang Laut, Ramai Puji Sikap Nelayan ‘Sporting’ Dengan Haiwan
Next articleKacau dan Kejar Masuk Dalam Kedai, sekali Tindakan Pengkid Mahu Peluk Jurujual Wanita Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here