Tujuh tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.
Walaupun sudah 7 tahun berlalu, namun watak Buntat masih lagi diingati ramai.
Menerusi halaman tiktok, tular video rakaman @syakirasaid_ di mana Buntat sedang sibuk berkerja di kedai makan ayahnya. Dia menolong ayahnya menjual roti canai.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa.
Menurutnya, dia teringin untuk berlakon lagi dan tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja.
“Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.