Penyanyi, Aina Abdul sememangnya terkenal dengan gelaran “Ratu Fesyen Pelik”. Mana taknya, semua pakaian yang digayakannya memang sangat pelik, unik dan lain daripada yang lain. Bukan semua orang berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menggayakan apa yang dipakai oleh Aina. Betul tak?
Wow baju Aina!
Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35, pelantun suara ‘Terus Hidup’ ini tiba di Istana Budaya menaiki lori pada pukul 8.40 malam. Ini kerana, busana yang digayakan olehnya sangatlah besar dan dipercayai berat. Lebih mencuri perhatian, sepuluh orang individu terpaksa menolong Aina untuk mengangkat baju tersebut ketika berjalan di karpet merah.
Menerusi temubual bersama pihak Media, Aina berkata busana yang dipakai hari ini berkonsepkan ‘Oversize Blazer’.
Bagi saya, lebih baik ‘Go Big or Go Home. Saya hari ini hanya mahu suka-suka dan mengharapkan yang terbaik untuk semua yang bertanding.
Sekadar info, Aina membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular.
Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Aina Abdul, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.
Lihat klip video di bawah:
@xtra_my Datang ABPBH 35 naik kereta ❌ Datang ABPBH 35 naik lori ✅ Vazz Aina Abdul! Saksikan karpet merah ABPBH 35 jam 8 malam & kemuncak ABPBH 35, jam 9 malam ini! Strim HD secara eksklusif di tonton & saksikan juga di TV3! #abpbh35 #xtramy #xtratonton #artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #motifviral #malaysia #makcikbawang #trending #news ♬ original sound – wah 72
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]