KAPTEN Sabah FC, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan mengejutkan apabila membuat persetujuan bersama dengan pihak pengurusan untuk meninggalkan pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu.
Pemergian Badrul Bakhtiar memberi kesan yang mendalam kepada rakan seperjuangan dan juga penyokong pasukan Sabah. Sahabat karibnya Rizal Ghazali yang sama-sama berpindah dari Kedah ke Sabah tampak amat sedih dan menangis apabila Badrul membuat pengumuman sedemikian.
View this post on Instagram
Sebelum menceburi bidang lain, pemain berusia 35 tahun itu juga sempat memberikan ucapan terakhir kepada rakan sepasukan termasuklah barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sejak berada di sana.
“Saya harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dalam apa jua bidang sekalipun dan saya juga berharap agar pasukan ini bersatu hati dan menghormati antara satu sama lain.
“Bermainlah untuk pasukan ini, untuk keluarga dan karier kita pada masa hadapan. Saya juga mengharapkan malam ini adalah satu kemenangan yang saya tidak akan lupakan untuk saya bawa balik ke Kedah nanti,”
Walaupun hanya menabur bakti selama semusim setengah, namun jeneral tengah The Rhinos itu memberi pelbagai kenangan manis dengan memberi kemenangan demi kemenangan sehingga membawa Sabah FC ke kejohanan Piala AFC.
View this post on Instagram
Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan bahawa pemain berjersi 7 itu akan menceburi bidang politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bakal bertanding sebagai calon di negeri kelahirannya.