Baru-baru ini , peniaga dessert viral iaitu Khalieda Yusra juga sempat mengongsikan dugaan besar yang dialami dalam perniagaannya. Difahamkan, ‘Chiller’ yang menjadi tempay simpanan bekalan Crepe mereka mengalami kerosakan kerana suhu perkakas elektrik tersebut menjadi tidak sejuk secara tiba-tiba.
Memandangkan kualitinya yang sudah terjejas teruk, Kieda terpaksa berlapang dada untuk membuang sekitar 475 bekas Crepe yang terdiri daripada bermacam perisa. Berat hatinya menerima ujian ini, tambahan pula beliau turut mengalami kerugian berjumlah angka hampir RM10,000. Bukan soal duit semata-mata, pastinya yang paling terkilan adalah ketika mengenangkan usaha keras pekerja yang sudah bertungkus lumus menyediakan ratusan stok jualan.
“Moga Allah murahkan rezeki, Dia basi, makanan macam ni kan bersusu…” – Kieda
Walaupun cuba kuat dan pasrah dengan ujian ini, sesekali Kieda juga gagal menahan air mata. Dapat dilihat pekerjanya yang sedang mepersiapkan booth jualan outdoor juga sedikit ‘down’ melihat rakan sekerja premis HQ Penang yang terpaksa melakukan proses pembuangan Crepe. Namun, apa pun yang berlaku, beliau tetap kuatkan semangat untuk mencari rezeki dengan niat kerana Alllah SWT.
Lihat klip video di bawah:
@kiedacrepe Sedih tengok makanan kena buang macam ni . Letih buat pakai tenaga semua 😭 #kiedacrepe #kiedacrepetour #hqkiedacrepe_penang ♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu
Lihat apa kata orang ramai:
@Athirahmat: Kieda kena beli temperature monitoring. Letak luar chiller.. if tak function atleast detect awai. Mcm kat klinik, letak utk jaga kualiti vaksin
@hijrahhati880: taktau klu hbaq ni percaya ka dak…Dok rasa terkena ‘ain..antara org tgok dengan dengki atau takjub sgt…apapun smoga tabah atas ujian
@Ahmoy Santos: aku selalu tgk org2 niaga ni bila ditimpa ujian kerugian yg besar . lepas pada tu Allah gantikan dengn keuntungan yg lebih besar
@Zila sahid: slps ni sis beli alat letak dlm freezer utk tahu suhu…& buat sop bg pekerja check setiap 1 jam…semoga ada rezeki lain
@aiman: tk pe kak kieda mungkin bukan rezeki kak kieda mana tahu lepas ni ada rezeki lain semoga kak kieda tabah apa pun yang terjadi kak kieda kena tabah
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.