Home Viral “Suami Mati Baru La Berkabung..” – Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormati Edah

“Suami Mati Baru La Berkabung..” – Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormati Edah

234
0

Pelakon Puteri Sarah berpendapat tiada sebarang masalah yang perlu dibangkitkan sekiranya dia keluar bekerja meskipun masih dalam tempoh edah.

Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata dia sudah pun membuat beberapa rujukan dan mendapatkan panduan berhubung perkara tersebut.

Malah, Sarah menjelaskan, dia turut memaklumkan kepada bekas suaminya yang juga pengarah sensasi Syamsul Yusof untuk keluar berkerja.

Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja.

Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting.

Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada malam Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata dia tidak terguris hati dengan ‘cakap nakal’ netizen yang mendakwa dia tidak menghormati tempoh edah selepas disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.

Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya.

Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial.

Sarah merupakan calon Top 5 dalam kategori Aktres TV Popular dan antara yang memberi saingan ialah Anna Jobling, Raysha Rizrose, Sharifah Rose dan Siti Saleha.

Undian kini masih lagi dibuka dan peminat boleh mengundi melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Namun pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Lihat klip video di bawah:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @daebakingcosmetics

Lihat apa kata orang ramai:

@lilyna445: Netizen ni kena mengaji agama lebih lagi.nak keluar rumah utk bekerja atau beli barang keperluan xde masalah pon.atau sakit nk ke Klinik hospital.keluar bersebab,bukan mengedik dgn jantan.dan dia bercerai hidup.kalau bercerai mati Pon xde masalah nk keluar rumah beli brg keperluan atau bekerja.dah kalau dia org susah,ada anak nk kena antar skolah,kena bekerja,wali yg menjaga dia Pon xde kudrat utk bg dia duit apa sume…terpaksa keluar,blh…cuma pakaian tu kena sopan Dan ikut syariat.dan xblh tabaruj berlebihan.tp bab aurat & tabaruj ni bukan hanya utk balu saja,tp utk semua wanita sebenarnya.

@nhudanor: Kena faham, PS kena continue bekerja walaupun parents in law n ex husband mampu sbb maybe ada kontrak yang dia dah sign etc before lafaz dibuat oleh sol. Hagitu

@arengah: Degki nau bkan die kje tk senonoh alahai netizen die dh tk De laki tkkn nk hrap duit mak ayah die.. biar die nk survive dlam hdup nk Sara anak die

@liza_buchik1: Alahai.. dia bkn mati laki, syarat2 ketat.. dia bcerai hidup, dan perlu bkerja.. sedangkn kmatian suami pun boleh pgi bkerja..tp kena blk terus ke rumah slps habis keje

@shuhailabungarose: Dia bukan kematian laki yg xbleh berhias keluaq umah bagai.. Cerai hidup.. P ngaji blk apa perkara yang xbleh buat masa dalam eddah cerai.. Eddah cerai ni nak pastikan wanita tu xpregnant lepas cerai.. Di buatnya kalau xdak eddah..pompuan tu cerai esok tu kawen baru.. Xtau dia pregnant.. Dah tu ank tu nak bin sapa.. Sbb tu islam anjurkan eddah cerai.. Jarak masa nak pastikan wanita tu xpregnan.. Atau pon tempoh bertenang.. Yala mana tau dlm tempoh tu ada rasa nak berbaik semula so xyah akad nikah baru.. Cukup sekadar lafaz rujuk.

@saieski: Betul apa yang mentua dia kata kan tu. Keluar untuk cari nafkah buat keluarga. Tak kan nak harap makan duit nafkah anak². Hidup kena cari rezeki, rezeki tak datang bergolek

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleMasih belum dijumpai, sekali barang kepunyaan Fatin yang timbul meraih tumpuan
Next article“Bawak kereta member kena hati-hatilah…” – Pekin Ibrahim sebak Kereta GR Yaris Kansai ‘Total Lost’ disebabkan rakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here