Home Info Bekas Suami Tuntut Kereta Audi Dan Rumah Banglo Milik Bekas Isteri, Sekali...

Bekas Suami Tuntut Kereta Audi Dan Rumah Banglo Milik Bekas Isteri, Sekali Ini Yang Terjadi

254
0

Wanita tak sangka, bekas suami tuntut rumah miliknya yang bernilai RM1.3 juta selain kereta jenis Audi selepas tiga tahun mereka berpisah.

Bekas suaminya yang boleh disifatkan ‘tidak tahu malu’ kerana kediaman itu milik bekas isterinya sebelum mereka berkahwin. Lelaki itu juga tidak pernah membantu bekas isterinya membayar ansuran bulanan.

Perkongsian ini diceritakan oleh peguam syarie, Fahmi Ramli berhubung nasib eksekutif pemasaran wanita yang berdepan tuntutan bekas suami selepas mereka bercerai.

“Perkahwinan selama tujuh tahun terputus disebabkan lelaki itu dibuang kerja dan tidak pernah berusaha untuk mencari kerja lain selama lebih kurang setahun”

“Jadi dia terpaksa tanggung makan minumnya dan tiga anak. Bahkan, rumah yang mereka tinggal juga dibelinya sebelum berkahwin. Segala bil elektrik dan air ditangggung sepenuhnya oleh wanita ini”

Baca lagi: Tak Sangka Pengemis Ini Mampu Beli Flat Cecah RM700,000, Jadi Tanda Tanya Orang Ramai

Baca lagi: Terlalu teruja bakal timang anak buah lelaki, Aksi melompat Syatilla Melvin mengejutkan ramai

Screenshot 2023 07 10 133811
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Dikatakan mereka bercerai atas persetujuan bersama, dan anak-anak juga berada di bawah jagaannya. Manakala bekas suami pula pulang ke kampung di Kedah serta tidak pernah mengambil tahu tentang nafkah anak-anak apatah lagi nafkah edah.

Selain itu, pendapatan wanita ini turut lebih daripada sekadar cukup untuk dirinya dan anak-anak sekaligus tidak kisah bekas suaminya tidak memberikan nafkah.

“Cuma, dia terkejut bila ada seorang lelaki menghantar saman daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Alangkah terkejutnya selepas tiga tahun bercerai tanpa sebarang berita, bekas suaminya memfailkan tuntutan harta sepencarian”

Peguam ini juga mengatakan harta yang bekas suami kepada wanita ini tuntut adalah kereta Audi miliknya dan sebuah rumah yang wanita ini menetap sekarang.

“Bekas suami nak tuntut rumah yang bekas isteri ini beli sebelum kahwin. Padahal kata wanita ini, bekas suaminya tidak pernah keluarkan satu sen pun untuk bayar bulan rumah itu”

Sementara itu, Fahmi menjelaskan harta yang dibeli sebelum kahwin tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian kerana harta sepencarian ialah yang dibeli bersama atau salah seorang suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan.

Mengikut seksyen 122 (5) Enakmen Keluarga Islam Pulau Pinang, untuk menjadikan rumah itu sebagai harta sepencarian, bekas suami mesti mempunyai faktor ‘memajukan’ rumah tersebut iaitu sebagai contoh mengeluarkan wangnya untuk ‘renovate’ rumah tersebut.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung

Previous articleMira Filzah Buat Trend Tiktok Dengan Tracie Sinidol. Ramai Terkejut Mira Filzah Bukak Tudung?
Next articleLawan arus menyebabkan rider Ducati maut, sekali individu mengaku OKU sakit mental
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here