Sejak kebelakangan ini, sudah semakin kerap kita mendengar mengenai wang simpanan di rumah sejak sekian lama menjadi rosak dan lebih teruk tidak dapat digunakan lagi. Siapa tak bengang dan sedih, jika sudah bertahun-tahun menyimpan dan mengumpul duit tersebut tapi tiba-tiba sahaja duit itu rosak dan akibatnya kita kena menanggung kerugian yang banyak.
Wanita yang bernama Nurhaya, berusia 49 tahun meluahkan kekecewaannya selepas wang simpannya bernilai 15 juta rupiah (RM4,330) habis musna dimakan anai-anai.
Menurut Nurhaya, dia pada mulanya berniat mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli barang kelengkapan dan untuk renovate rumah.
Beliau memberitahu wang sebanyak 15 juta rupiah (RM4,330) itu dikumpulnya selama beberapa tahun dan disimpannya di bawah tilam di biliknya.
Baca lagi: 6 Kesan Buruk Pemasangan Papan Iklan Di Jalan Raya
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
“Apabila saya fikir sudah cukup untuk membeli keperluan itu, saya mengambil wang itu, namun kecewa kerana keadaannya tidak bagus berikutan sudah dimakan anak-anak”
Jiran yang mengetahui keadaan duit Nurhaya menasihatkannya supaya mencuba nasib pergi ke bank dengan membawa kesemua wang yang rosak tersebut untuk digantikan jika boleh ditukar.
Memang benar wang yang rosak boleh diganti oleh bank, namun ia tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu dan bergantung kepada tahap kerosakan wang tersebut.
Nurhaya membawa wang tersebut ke bank, namun dia hanya dapat memperoleh wang ganti rugi sebanyak 900,000 rupiah (RM259) sahaja daripada 15 juta rupiah (RM4,330).
Seeloknya, jika anda ada wang yang banyak, sebaiknya simpan di bank untuk lebih selamat jika mahu menyimpan di rumah, pastikan tempat penyimpanan wang tersebut dalam keadaan elok dan tidak menyebabkan duit rosak. Selain itu, sentiasa periksa dari semasa ke semasa.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SarangBurung