Home Viral Suri Rumah Tunggu Giliran Selama 2 Jam Di Bank Untuk Buka Akaun,...

Suri Rumah Tunggu Giliran Selama 2 Jam Di Bank Untuk Buka Akaun, Sekali Lain Pula Jadinya

380
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok farhanah_said, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita luah berasa kecewa dengan pihak bank yang tidak menjalankan tugas sebagai pekerja dengan amanah. Wanita ini yang dikenali sebagai Farhana merupakan seorang suri rumah yang ingin membuka akaun bank untuk menyenangkan lagi keadaan keluar masuk duit yang diberi oleh suaminya.

Screenshot 2023 07 05 114822

Beliau mengatakan ini bukan kali pertama datang ke bank tersebut, kerana salah seorang pekerja itu mengatakan kepadanya bahawa seorang suri rumah boleh membuka akaun dan memintanya untuk membawa slip gaji suami serta beberapa dokumen.

Ini kali kedua beliau datang dan menunggu giliran selama 2 jam sambil membawa anak, dan tiba sahaja gilirannya pekerja bank tersebut pula mengatakan tidak boleh membuka akaun bank.

Baca lagi: Rakaman tunjal dahi wanita di Cameron Highland tersebar, sekali Abang tunjal dahi tersebut dedah hal sebenar

Baca lagi: Tular mengenai kematian Siti Sarah, sekali Shuib memohon maaf kepada Allahyarham buat ramai sebak

Lihat klip durasi pendek luahan wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Netizen turut memberi komen mengenai situasi yang dihadapi oleh wanita ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan tidak kira seorang suri rumah ataupun tukang rumah batu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah mengalami perkara yang sama.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 183.2K penonton, 5541 sukaan dan 1848 komen.

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Shiikah Ika: buka ssm je.. pstu awk buat akaun bank rakyat.. so far bank rakyat pling senang

@Kak Asma rempah ayamadu: xpernah tau pulak surirumah xboleh buka akaun

@cikpahIbuAufa: suri rumah mmg tak boleh buka akaun bank.
Maybank

@mama has: penah jgk,memula x bg tp sy ckp sy kerja sendri, pengasuh n perlu sgt akaun untuk suami msuk kn duit atau nk simpn duit,kne kelentong ckit bru bole.

@jas: kenapa tak pergi bank lain? Ada je option lain… bukan je Tu je bank yg ada

@zueahmad: sya pernah nk buat bank rimau…gini jugak…terasa sakit hati…

@yusof: ohhh br tau klu suri rumah xblh buka acc bank…

@Anis Nur Syazwani Zulkifli: sis ckp sis buat bisnes online. adik Sy buat mcmtu. boleh sis. sbb ap2 transaksi by online jd adik Sy prlu sgt akaun bank Dan online bnking

@rezinirezaly: yaaaa.saya dah kena.utk umi saya.sbb xkja.sbb xbuat simpanan tiap bulan

@suearis: Mak sy surirumah..buat akaun bank kat bank islam..Alhamdulillah boleh..pkai buku lg..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleRakaman tunjal dahi wanita di Cameron Highland tersebar, sekali Abang tunjal dahi tersebut dedah hal sebenar
Next article“Bakal Penerus Legasi Ratu Rock Tanah Air, Ella..” – Nyanyian Merdu Adik Cinta Suci Tarik Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here